TOP 3 MASIH KEBAL
UiTM tidak mensia-siakan peluang terhidang dengan diundi untuk melawan team BLIND, dan hanya perlu mencipta jatuhan pin lebih banyak, maka itu antara strategi mereka. 1834 jatuhan pin ditambah 16-0 telah membawa mereka lebih rapat mengejar MBBJ di puncak liga. MBBJ pula pada awal kelihatan hampir tersungkur apabila menerima kunjungan X POCKET yang hadir dengan matlamat untuk menewaskan MBBJ, namun MBBJ masih berada dikelas tersendiri. MBBJ berjaya membolot mata sangat tipis 9-7 dengan jatuhan pin 1926. Jurang antara dua pasukan ini sekarang dipisahkan 3 mata sahaja berbanding minggu lepas 6+ mata. ALAM CAFE dibelakang UiTM tiada masalah untuk menewaskan YOUTH TEAM 11-5 dan mengurangkan jurang mata kepada 6+ mata.MESRA BOWL LEAD BOTTOM HALF
MESRA BOWL dengan ganasnya mampu untuk menewaskan JEBON yang kelihatan tercari-cari point pada awal permainan namun JEBON masih menunjukkan mereka tidak mengalah terlalu awal. Dengan kemenangan minggu kje-13 ini, MESRA BOWL berjaya melonjakkan diri mereka lebih jauh dari jurang mata dengan TAPS. Keputusan tidak memberangsangkan untuk TAPS selepas tumpas ditangan AXE 2-14, tetap pujian harus diberikan kerana AXE sendiri sedang berusaha untuk mengejar TOP 5 Liga & ingin melengkapkan diri mereka antara pencabar terbaik TOP 5 Liga.
MBBJ, UiTM & ALAM CAFE BAKAL BERDEPAN TOP 7 LIGA IAITU THORBAEK, XPOCKET & STEALTH STRIKERS YANG SEMEMANGNYA DAHAGAKAN KEMENANGAN TERUS MENERUS. MAMPUKAH ANTARA TOP 3 MENANG MUTLAK ATAUPUN TOP 7 YANG SEDANG MENGORAK LANGKAH BARU MENANG MUTLAK?
AYUH PARA PENYOKONG ALAM LANES TRIOS LEAGUE!!!!!
Mane results nye?
ReplyDelete