Skip to main content

Posts

2nd ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEKLY RECAP

    GRADED LEAGUE IS BACK! Setelah hampir lama menyepi, Liga telah kembali berlangsung seperti biasa. Admin juga ingin memohon maaf kerana tiada perkhabaran dari Blogspot. Dengan ini, Admin ingin menyambung semula WEEKLY RECAP dari minggu ke-13 sehingga ke-16 dengan sudah menampakkan TOP 3 semakin hangat. SUDU MASIH MENDAHULUI Dengan kelebihan hampir 50+ mata di puncak, SUDU bagaikan tiada masalah untuk mengukuhkan kedudukan dengan berbaki hanya 5 minggu untuk menamatkan ROUND 1 GRADED LEAGUE. SUDU dengan rekod kemenangan terus menerus dan mengumpul hampir 2500 bagi setiap minggu, telah menutup semua ruang untuk dipintas. Akan tetapi bagi Tangga ke-2 Liga, masih mempunyai beberapa minggu dengan STRIKERS hanya berkelebihan 7+ mata dihadapan PKNS dan APALUMAU X juga tidak mahu memberi peluang yang terhidang dari pasukan di bawah mereka, PERALIPH dan HUSTLERS untuk memintas.  MIDDLE LEAGUE MASIH SENGIT MIDDLE LEAGUE tampak masih sengit dengan kemenangan MY TEAM 14/6 kepada R...
Recent posts

ALAM LANES S.O.P

NORMA BAHARU S.O.P UNTUK PELANGGAN AWAM SCAN QR CODE, HAND SANITIZE & CARD NO. Anda diminta untuk imbas QR Code mySejahtera / SElangkah sebelum masuk ke premis kami. BUAT BAYARAN Anda boleh terus membuat bayaran di kaunter bayaran. Mengikut flow tape yang sudah dilekat di lantai. Sekiranya anda membuat pembelian kasut, adalah BOLA & KASUT 1. Ambil  kasut ( HOUSE SHOES)  di kaunter  2. Ambil bola ( HOUSE BALL)  di  OPERATION ROOM MULAKAN PERMAINAN Anda boleh mulakan permainan anda di LANE yang telah ditetapkan TAMAT PERMAINAN Setelah tamat permainan, anda diminta untuk memulangkan CARD NO.  Sekiranya anda sudah selesai memulangkan HOUSE BALL & HOUSE SHOES, anda boleh memulangkan CARD NO. di meja saringan.  TERIMA KASIH DAN DATANG LAGI #KITAJAGAKITA

2nd ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 12

RAKAN COPS TUMPAS, MESRA BOWL MENGGANAS RAKAN COPS yang sentiasa memberi saingan terbaik dalam Liga musim ini bagaimanapun tewas di tangan BBNU 6-14 dengan BBNU berjaya membuat 2168 jatuhan pin. Dengan kekalahan ini RAKAN COPS telah jatuh 3 anak kerana kemampuan pasukan dan perbezaan jurang mata yang terlalu rapat. UiTM turut berasa nasib yang sama namun tidak boleh dipandang enteng lawannya iaitu juara bertahan, APALUMAU X menang ke atas mereka 14-6. Namun nasib cukup baik untuk mereka kerana pada masa yang sama KIDDOS A juga tewas di tangan STRIKERS 1-19. Cerita berbeza untuk MESRA BOWL yang berjaya memintas THE A TEAM dengan menewaskan PERALIPH yang juga antara pencabar juara untuk musim ini. SHAM & MDL masing-masing tidak memberi peluang kepada pihak lawan dan semangat juang yang cukup tinggi sekali gus mengutip 2349 jatuhan pin dengan keputusan 11-9. SUDU MASIH TERUS MENERAJU LIGA, STRIKERS MENGHAMPIRI PKNS SUDU bagaikan tiada masalah untuk mengekalkan cengkaman k...

3rd ALAM CAFE TRIOS LEAGUE - WEEK 7

PERLAWANAN TUMPUAN MEMIHAK ONE SEVEN & STRIKERS ONE SEVEN tidak menghadapi masalah apabila mampu untuk membunuh harapan ALAM CAFE' dengan keputusan 15-1 dan berjaya untuk kekal berada di tangga ke-5 Liga. Juga keputusan yang baik memihak kepada STRIKERS dengan keputusan menang 11-5 ke atas GKCB untuk berada naik 2 anak tangga ke-6 Liga. A FEW GOOD MEN, AFGM masih tidak mampu untuk ditumbangkan dengan kemenangan 12-4 ke atas WIZURAI. WIZURAI juga tidak mudah memberi peluang dan mampu untuk memberi saingan yang terbaik namun nasib tidak menyebelahi mereka. AXE berjaya memintas kembali UiTM dan untuk berada di tangga ke-2 Liga dengan kelebihan jatuhan pin yang cukup banyak dan memberi mereka kelebihan hanya kurang dari 1 mata untuk setakat minggu ke-7 Liga. UiTM bagaimanapun masih berada di TOP 3 Liga dengan keputusan 15-1 ke atas ALAM LESTARI. STEALTH STRIKERS LONJAK 2 ANAK TANGGA MIDDLE TABLE menarik apabila STEALTH STRIKERS berjaya untuk melonjakkan diri mereka 2 a...

2nd ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 11

STRIKERS KECUNDANG, HUSTLERS IKUT RAPAT STRIKERS yang dalam usaha untuk memintas PKNS tidak kesampaian apabila mereka tewas tipis kepada THE A TEAM 9-11 dan ditambah dengan kemampuan PKNS yang menewaskan BOWLING FRENZ 17-3 dengan jatuhan pin 2271. HUSTLERS pula mengambil peluang keemasan dengan berjaya menundukkan LET'S ROLL 12.5-7.5 dengan 2421 jatuhan pin untuk mendekatkan jurang mata dengan STRIKERS dari 10+ mata kepada 3+ mata sahaja.  MIDDLE TABLE DIROMBAK RAKAN COPS RAKAN COPS kelihatan semakin kukuh dengan kelebihan mereka menentang seteru MESRA BOWL dan menang 11-9 dengan 2389 jatuhan pin cukup untuk mereka lonjakkan diri ke tangga ke-10 Liga. Memintas  SSB 1, MY TEAM & STING untuk meletakkan diri selesa TOP 10 Liga namun jurang untuk tangga ke-10 hingga ke-15 tidak boleh dipandang enteng. SSB 1 yang dipintas RAKAN COPS kerana tumpas kepada pendahulu Liga, SUDU namun saingan hebat tetap diberi dan HUSTLERS bakal menjadi saingan makin hebat untuk minggu...

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLING TENPIN SELANGOR 2020

ALAM LANES YOUTH TEAM Cerita berbeza pada 1 Mac 2020 apabila hampir separuh Pemain dari ALAM LANES YOUTH TEAM telah menyertai PROGRAM PEMBANGUNAN BOLING TENPIN SELANGOR 2020 anjuran JABATAN PELAJARAN SELANGOR. Program ini pada dasarnya untuk melahirkan lebih pemain muda yang bakal beraksi dan menjadi pemain terbaik dalam kalangan pemain tempatan dan dalam pada masa yang sama untuk melahirkan bintang yang bakal beraksi di pentas antarabangsa.  Dalam usaha sama ALAM LANES untuk mengekalkan corak terbaik untuk semua pemain, diasah dan dilatih oleh COACH YUSUF sedikit sebanyak telah membantu mereka sebagai pemain muda untuk terus memberi semangat dan aksi yang cemerlang. Seterusnya Pemain ALAM LANES YOUTH TEAM akan beraksi pada Junior Circuit 2020 akan datang. Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada semua Pemain ALAM LANES YOUTH TEAM yang berjaya dan anda memberikan aksi terbaik!!

3rd ALAM LANES TRIOS LEAGUE - WEEK 6

A FEW GOOD MEN TERUS KE PUNCAK LIGA Hasil kemenangan 15-1 ke atas D PENSIONERS A melonjak A FEW GOOD MEN ke puncak liga memintas AXE & UiTM sekalis gus menjarakkan diri mereka dengan  4+ mata. UiTM bagaimanapun tewas tipis 7-9 ke atas pencabar juara terdekat ALAM CAFE' yang menghuni tangga ke-5 Liga. AXE yang sebelum ini mendahului kecundang 5-11 ke atas TAPS yang berada di kelompok bawah. MBBJ dalam usaha ingin menerobos TOP 5 akhirnya berjaya setelah menewaskan ALAM LESTARI 14-2 juga menjadi TEAM OF THE WEEK dengan 1923 jatuhan pin. WIZURAI TERSUNGKUR Usaha yang bersungguh-sungguh ditonjolkan oleh WIZURAI apabila berdepan pencabar terbaik yang masih berada di kelompok TOP 7 Liga, ONE SEVEN tidak boleh disangkal. Dengan keputusan tewas 6-10 kepada ONE SEVEN, WIZURAI telah jatuh 2 anak tangga dan kelihatan STRIKERS memintas untuk berada di tangga ke-8 Liga. PERLAWANAN TUMPUAN ALAM CAFE' vs ONE SEVEN GKCB vs STRIKERS TEAM OF THE WEEK MBBJ HIGH SERIES...