PERLAWANAN TUMPUAN MEMIHAK ONE SEVEN & STRIKERS
ONE SEVEN tidak menghadapi masalah apabila mampu untuk membunuh harapan ALAM CAFE' dengan keputusan 15-1 dan berjaya untuk kekal berada di tangga ke-5 Liga. Juga keputusan yang baik memihak kepada STRIKERS dengan keputusan menang 11-5 ke atas GKCB untuk berada naik 2 anak tangga ke-6 Liga. A FEW GOOD MEN, AFGM masih tidak mampu untuk ditumbangkan dengan kemenangan 12-4 ke atas WIZURAI. WIZURAI juga tidak mudah memberi peluang dan mampu untuk memberi saingan yang terbaik namun nasib tidak menyebelahi mereka. AXE berjaya memintas kembali UiTM dan untuk berada di tangga ke-2 Liga dengan kelebihan jatuhan pin yang cukup banyak dan memberi mereka kelebihan hanya kurang dari 1 mata untuk setakat minggu ke-7 Liga. UiTM bagaimanapun masih berada di TOP 3 Liga dengan keputusan 15-1 ke atas ALAM LESTARI.
STEALTH STRIKERS LONJAK 2 ANAK TANGGA
MIDDLE TABLE menarik apabila STEALTH STRIKERS berjaya untuk melonjakkan diri mereka 2 anak tangga dengan kelebihan bertembung BLIND team dan 1855 jatuhan pin cukup untuk berada di tangga ke-9 Liga. Namun YOUTH TEAM & WIZURAI tidak memberi peluang yang mudah untuk menerobos TOP 10 Liga kerana minggu ke-8 ini akan menampakkan sekali lagi perubahan.
MVP THIS WEEK
ARUL STEALTH STRIKERS
HIGH SERIES 731
TEAM OF THE WEEK
AXE
HIGH SERIES 1977
Comments
Post a Comment