RAKAN COPS TUMPAS, MESRA BOWL MENGGANAS
RAKAN COPS yang sentiasa memberi saingan terbaik dalam Liga musim ini bagaimanapun tewas di tangan BBNU 6-14 dengan BBNU berjaya membuat 2168 jatuhan pin. Dengan kekalahan ini RAKAN COPS telah jatuh 3 anak kerana kemampuan pasukan dan perbezaan jurang mata yang terlalu rapat. UiTM turut berasa nasib yang sama namun tidak boleh dipandang enteng lawannya iaitu juara bertahan, APALUMAU X menang ke atas mereka 14-6. Namun nasib cukup baik untuk mereka kerana pada masa yang sama KIDDOS A juga tewas di tangan STRIKERS 1-19. Cerita berbeza untuk MESRA BOWL yang berjaya memintas THE A TEAM dengan menewaskan PERALIPH yang juga antara pencabar juara untuk musim ini. SHAM & MDL masing-masing tidak memberi peluang kepada pihak lawan dan semangat juang yang cukup tinggi sekali gus mengutip 2349 jatuhan pin dengan keputusan 11-9.
SUDU MASIH TERUS MENERAJU LIGA, STRIKERS MENGHAMPIRI PKNS
SUDU bagaikan tiada masalah untuk mengekalkan cengkaman kuat untuk terus menerajui Liga dengan kelebihan 48 mata di hadapan PKNS. PKNS juga tidak mudah menyerah kalah dengan keputusan menang 16-4 dan STRIKERS sekali lagi merapatkan jurang mata dengan hanya 3+ mata sahaja untuk memintas PKNS. Kemenangan 19-1 ke atas KIDDOS A dan 2538 jatuhan pin membantu mereka untuk kekal di TOP 3 Liga.
MVP THIS WEEK
ANEP X POCKET
HIGH GAME 271
TEAM OF THE WEEK
MESRA BOWL
Comments
Post a Comment