Skip to main content

ALAM LANES TRIOS LEAGUE - WEEK 15

TAMAT PUSINGAN PERTAMA

Pusingan Pertama untuk musim ke-2 TRIOS LEAGUE telah tamat pada minggu lepas. Minggu ke-15 ditamatkan dengan MBBJ masih kekal dipuncak Liga dengan kelebihan 14+ mata dihadapan UiTM dengan keputusan 14-2 mengalahkan ONE SEVEN. Keputusan untuk minggu ke-15 dari UiTM sendiri kurang memberansangkan. Dengan hanya mampu mengutip 9 mata kemenangan, 1901 jatuhan membuat mereka kehilangan 4+ mata dari minggu ke-14 Liga. ALAM CAFE tamatkan Pusingan Pertama dengan keputusan cukup baik dengan 11-5 ke atas MESRA BOWL dan menduduki di tangga ke-3 Liga dengan kelebihan 24+ mata dihadapan ONE SEVEN ditangga ke-4 Liga. 



TOP 4 MENJADI KEGILAAN

ONE SEVEN, THORBAEK, X POCKET, STEALTH STRIKER & AXE membuat perhitungan dengan menamatkan Pusingan Pertama didalam pungutan mata yang agak rapat. Bermula dari tangga ke-4 yang dipegang setakat ini oleh ONE SEVEN dan AXE ditangga ke-8 Liga dengan 11+ mata perbezaan jarak mata, membuatkan Top 4 menjadi rebutan untuk kesemua 5 pasukan ini. THORBAEK, STEALTH STRIKER & AXE masing-masing telah menang dan meletakkan diri mereka sentiasa mengekori rapat mata demi mata namun tidak untuk ONE SEVEN yang tewas ditangan MBBJ & ONE SEVEN tewas tipis ditangan UiTM. Selain itu, diminggu ke-16 ini bakal menyaksikan dari kelompok ini akan bertembung sesama sendiri iaitu STEALTH STRIKER vs AXE. 


PEMAIN TERBAIK MINGGU INI
FIQQRIE IMPACT
HIGH GAME HANDICAP
294



Comments

Popular posts from this blog

ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 27

UiTM MENYERLAH UNTUK KEJAR PUNCAK LIGA UiTM memiliki kelebihan yang agak tinggi untuk minggu ke-27 kerana mereka mampu untuk memperoleh 20 mata penuh dengan 2443 jatuhan pin. Dilihat tiada masalah untuk mereka kekal memberi tekanan kepada APALUMAU X dipuncak liga. Namun APALUMAU X masih tidak mudah mengaku kalah dengan kemenangan 13-7 ke atas STING dengan jatuhan pin 2423. PERALIPH ditangga ke-3 liga dengan 2447 jatuhan pin mudah menewaskan MESRA BOWL 16-4 dan menyaksikan anchor PERALIPH, menang 4-0 dengan 642 jatuhan pin. Ketiga-tiga pasukan ini tampak masing-masing mahukan sesuatu yang lebih besar dalam minggu ke-28 ini. THE GATES BOWLER RUGI MATA TGB telah kehilangan banyak mata apabila tewas mudah 0-20 kepada TOP 3 Liga, UiTM. Sepatutnya mereka hanya memerlukan 7 mata untuk memintas GRID namun mereka kehilangan punca untuk mencuri mata. GRID perlu merasa lega walaupun tewas 3-17 ke atas X SPARE. Untuk minggu ke-28 ini akan lebih menarik apabila mereka akan bertembung sesama...

ALAM LANES TRIOS LEAGUE - WEEK 20

MBBJ KEKAL DIPUNCAK, ALAM CAFE KECICIRAN MATA MBBJ tidak toleh ke belakang dan terus menewaskan MESRA BOWL dengan 15-1 dan ini membawa berita gembira untuk kekal menerajui Liga. Disamping itu ALAM CAFE tidak berjaya mengekalkan rekod yang terbaik apabila tumpas di tangan THORBAEK yang masih dalam misi untuk mengejar TOP 5 Liga. ALAM CAFE yang sebelum ini terus menerus mengejar MBBJ namun tewas ketika misi masih berjalan. Berita yang kurang enak juga untuk kem UiTM dengan keputusan seri 8-8 sama dengan X POCKET membuatkan mereka hilang mata untuk mengekori rapat ALAM CAFE. TOP 3 untuk minggu ke-20 kelihatan sangat hangat untuk diperkatakan.  STEALTH STRIKERS INTAI PELUANG STEALTH STRIKERS bagaikan nampak peluang yang terhidang dengan kelebihan mereka mengejar IMPACT ditangga ke-7 Liga selepas mengumpul jatuhan pin yang cukup tinggi dan mampu menjarakkan diri dek menentang BLIND team. AXE & WIZURAI yang dibawah mereka tidak sama sekali ingin keciciran mata dengan mahu ...

ALAM LANES TRIOS LEAGUE : WEEK 13

TOP 3 MASIH KEBAL UiTM tidak mensia-siakan peluang terhidang dengan diundi untuk melawan team BLIND, dan hanya perlu mencipta jatuhan pin lebih banyak, maka itu antara strategi mereka. 1834 jatuhan pin ditambah 16-0 telah membawa mereka lebih rapat mengejar MBBJ di puncak liga. MBBJ pula pada awal kelihatan hampir tersungkur apabila menerima kunjungan X POCKET yang hadir dengan matlamat untuk menewaskan MBBJ, namun MBBJ masih berada dikelas tersendiri. MBBJ berjaya membolot mata sangat tipis 9-7 dengan jatuhan pin 1926. Jurang antara dua pasukan ini sekarang dipisahkan 3 mata sahaja berbanding minggu lepas 6+ mata. ALAM CAFE dibelakang UiTM tiada masalah untuk menewaskan YOUTH TEAM 11-5 dan mengurangkan jurang mata kepada 6+ mata. MESRA BOWL LEAD BOTTOM HALF MESRA BOWL dengan ganasnya mampu untuk menewaskan JEBON yang kelihatan tercari-cari point pada awal permainan namun JEBON masih menunjukkan mereka tidak mengalah terlalu awal. Dengan kemenangan minggu kje-13 ini, MESRA B...