MBBJ TIADA MASALAH, ALAM CAFE MENJAUHKAN JURANG MATA
Dengan kelebihan memihak kepada MBBJ apabila dalam misi menjauhkan diri dari seteru terdekat, ALAM CAFE & UiTM, kemenangan 15-1 ke atas UiTM sudah menampakkan diri mereka makin selesa dihadapan UiTM yang berada ditangga ke-3 Liga. Dan dengan kekalahan UiTM kepada MBBJ ini juga dalam masa yang sama ALAM CAFE berjaya menewaskan IMPACT 13-3 membuatkan ALAM CAFE sudah bertambah jurang mata kepada 8+ mata. sekaligus berjaya untuk jarakkan diri dari UiTM.TOP 4 DALAM REBUTAN
AXE berjaya menumpaskan STEALTH STRIKERS dan dengan keputusan itu telah membantu untuk mereka memintas ke tangga ke-6 Liga. Dalam pada masa yang sama, jurang mata antara 4 Pasukan termasuk AXE, ONE SEVEN, THORBAEK & X POCKET menampakkan saingan akan kekal sengit sehingga ke punghujung musim. THORBAEK & X POCKET masing-masing tidak mempunyai masalah besar dengan kemampuan mereka untuk menewaskan lawan masing-masing. Dari 4 Pasukan ini akan menampakkan PERLAWANAN TUMPUAN antara THORBAEK vs AXE.
BOTTOM 2 MASIH JADI PERTARUHAN
Walaupun boleh dikatakan agar sukar untuk memecah tembok 12 Terbaik Liga, namun Pusingan Kedua baru sahaja bermula. TAPS & JEBON masing-masing berusaha sehabis baik untuk naik ke tangga lebih baik. JEBON yang kelihatan sedang meningkat naik dengan keupayaan mereka menumpaskan ONE SEVEN pada minggu ke-16 ini sudah menyatakan mereka cukup bersedia menentang sesiapa sahaja.
PASUKAN TERBAIK MINGGU INI
ALAM CAFE
HIGH SERIES HANDICAP
2015 TOTAL PINFALL
ALAM CAFE
HIGH SERIES HANDICAP
2015 TOTAL PINFALL
Comments
Post a Comment