MESRA BOWL CIPTA KEJUTAN
Dengan semangat juang yang tinggi, MESRA BOWL mampu untuk bangkit dan menewaskan X SPARE 14.5-5.5 dan menyaksikan mereka berjaya mengurangkan jurang mata semakin dekat. Dalam pada itu, hasil kemenangan ini membawa mereka lebih jauh dari BOTTOM 3 Liga. OT BOSS yang berada di atas mereka kerugian mata apabila tewas 5-15.
APALUMAU X KEKAL UTUH, PERALIPH KEJAR RAPAT UiTM
Dalam usaha PERALIPH ingin mengejar UiTM, mereka kehilangan 5 mata dan menyukarkan keadaan mereka untuk kekal kejar rapat. Tapi masih ada 9 minggu untuk mengejar dan memintas kerana pelbagai cerita boleh berlaku. UiTM menang 17.5 ke atas COPS dan jurang mata dengan APALUMAU X berkurang kepada 28+ mata. APALUMAU X tidak menghadapi masalah dengan kemenangan 15.5-4.5 ke atas GRID namun ianya adalah salah satu kejutan kerana jangkaan adalah menang mutlak. TOP 3 Liga tampak akan lebih mudah untuk menerima kunjungan pihak lawan untuk minggu ke-30 ini.
Comments
Post a Comment