Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 38

APALUMAU X JUARA! APALUMAU X CHAMPION! Kemenangan 11-9 sememangnya tidak mengganggu APALUMAU X untuk kekal di puncak Liga sekali gus merangkul kejuaraan 1ST ALAM LANES GRADED LEAGUE membawa pulang hadiah bernilai RM6000. PERALIPH ditangga ke-2 Liga dengan jurang mata agak jauh namun juga tidak menjadi masalah untuk kekal dan menjarakkan diri dengan UiTM yang menghuni tangga ke-3 Liga dengan masing-masing membawa pulang RM3000 dan RM2000. MASTER FINAL  Malam ini bakal menjadi penentu untuk individu setiap pasukan untuk merebut peluang wang tunai RM2500 yang bakal mempetaruhkan hampir 60 Pemain dari setiap pasukan yang bertanding dalam GRADED LEAGUE. Ini juga adalah penutup yang berprestij untuk 1ST ALAM LANES GRADED LEAGUE dan bakal menjadi penanda aras yang akan dibawa ke 2ND ALAM LANES GRADED LEAGUE yang bakal berlangsung tidak lama lagi.  SEBAGAI PENUTUP GRADED LEAGUE, admin wakil kepada semua staf ALAM LANES ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada ...

ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 36

DUA MINGGU TERAKHIR TOP 3 Liga bagaikan berada di kelas mereka tersendiri dengan tidak dapat atau mampu untuk dipecah oleh mana-mana kumpulan dari tangga ke-4 Liga sehingga ke tercorot. Kekalahan APALUMAU X ditangan KIDDO tidak mengubah langsung kedudukan Pendahulu Liga. Perbezaan 30+ mata dengan PERALIPH bagaikan tidak perlu dihirau dan PERALIPH sebenarnya dalam usaha untuk terus lari dari UiTM yang masih pasang niat untuk merampas kembali Tangga ke-2 Liga. UiTM dengan jayanya membelasah STING 19-1 dan meneruskan aksi cemerlang merapatkan jurang kerana PERALIPH hanya mampu untuk mengutip 13 mata sahaja. Untuk minggu kedua terakhir ini, TOP 3 tidak merasa diri mereka gusar kerana bakal menentang pasukan yang masih boleh dianggap 'makanan' mereka namun semua itu masih belum muktamad jika tidak bertembung di atas lane.  PKNS A MEMINTAS MY TEAM Kekalahan MYTEAM ke atas MESRA BOWL boleh dianggap kejutan kerana ianya bukan satu keputusan yang diingini oleh MYTEAM. SACG juga...

ALAM LANES TRIOS LEAGUE - WEEK 23

UiTM RAMPAS TANGGA KE-2 Kedudukan berubah untuk tangga ke-2 Liga dengan menyaksikan ALAM CAFE disekat oleh STEALTH STRIKERS sekali gus membuatkan ALAM CAFE jatuh ke tangga ke-3 Liga. Keputusan seri ALAM CAFE sememangnya antara yang tidak dijangka dan UiTM dengan kelebihan menang 11-5 ke atas TAPS memudahkan lagi untuk mendahului hanya 1+ mata. MBBJ masih selesa berada dipuncak Liga dengan kemenangan besar 15-1 ke atas WIZURAI dan menambah kedudukan selesa untuk kekal menerajui Liga. Minggu ke-24 akan menambah saingan lagi sengit dengan ALAM CAFE yang dahagakan kemenangan kembali, namun UiTM dan MBBJ masing-masing tidak mahu terlepas peluang.  AXE PINTAS STEALTH STRIKERS STEALTH STRIKERS tampak lega hanya seri bersama ALAM CAFE namun dipintas oleh AXE yang sememangnya perlu menyusun strategi untuk menambah jatuhan pin yang cukup banyak kerana AXE hanya melawan BLIND TEAM. Kedua-dua team ini harus mengatur strategi untuk terus merebut tangga ke-8 Liga dan masih tidak mustahi...

ALAM TRIOS LEAGUE - WEEK 22

TOP 3 MASIH KEKAL, ONE SEVEN DIPINTAS MBBJ dilihat tiada masalah untuk kekal dipuncak dengan kelebihan melawan BLIND team. Jurang mata bertambah 3+ mata nanum ALAM CAFE tidak mudah menyerah kalah dengan menewaskan ONE SEVEN 13-3 dan masih mengekalkan jarak antara mereka dengan UiTM. UiTM ditangga ke-3 Liga pula sekadar mampu untuk mengutip 11.5 mata menentang IMPACT. Saigan sengit untuk kedua-dua pasukan ini membuatkan kem UiTM hampir sahaja diikat seri namun game terakhir mereka mampu bangkit untuk memperoleh lebih mata.  ONE SEVEN dipintas oleh THORBAEK & X POCKET dan membuatkan mereka semakin tertekan. Jurang mata untuk ketiga-tiga pasukan ini tidak dapat dipisahkan lebih 10+ mata kerana sesiapa sahaja yang mampu menang besar dengan jatuhan pin yang tinggi, mereka kekal ditangga ke-4 Liga. YOUTH TEAM merekodkan kemenangan dan berjaya memotong MESRA BOWL untuk terus melarikan diri dari kelompok corot Liga.  PASUKAN TERBAIK MINGGU INI YOUTH TEAM HIGH SERIES H...