APALUMAU X JUARA!
APALUMAU X CHAMPION! Kemenangan 11-9 sememangnya tidak mengganggu APALUMAU X untuk kekal di puncak Liga sekali gus merangkul kejuaraan 1ST ALAM LANES GRADED LEAGUE membawa pulang hadiah bernilai RM6000. PERALIPH ditangga ke-2 Liga dengan jurang mata agak jauh namun juga tidak menjadi masalah untuk kekal dan menjarakkan diri dengan UiTM yang menghuni tangga ke-3 Liga dengan masing-masing membawa pulang RM3000 dan RM2000.
MASTER FINAL
Malam ini bakal menjadi penentu untuk individu setiap pasukan untuk merebut peluang wang tunai RM2500 yang bakal mempetaruhkan hampir 60 Pemain dari setiap pasukan yang bertanding dalam GRADED LEAGUE. Ini juga adalah penutup yang berprestij untuk 1ST ALAM LANES GRADED LEAGUE dan bakal menjadi penanda aras yang akan dibawa ke 2ND ALAM LANES GRADED LEAGUE yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
SEBAGAI PENUTUP GRADED LEAGUE, admin wakil kepada semua staf ALAM LANES ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada tersalah kata terkasar bahasa dan tersilap aturcara sepanjang liga ini berlangsung.
Comments
Post a Comment