Skip to main content

ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 36

DUA MINGGU TERAKHIR

TOP 3 Liga bagaikan berada di kelas mereka tersendiri dengan tidak dapat atau mampu untuk dipecah oleh mana-mana kumpulan dari tangga ke-4 Liga sehingga ke tercorot. Kekalahan APALUMAU X ditangan KIDDO tidak mengubah langsung kedudukan Pendahulu Liga. Perbezaan 30+ mata dengan PERALIPH bagaikan tidak perlu dihirau dan PERALIPH sebenarnya dalam usaha untuk terus lari dari UiTM yang masih pasang niat untuk merampas kembali Tangga ke-2 Liga. UiTM dengan jayanya membelasah STING 19-1 dan meneruskan aksi cemerlang merapatkan jurang kerana PERALIPH hanya mampu untuk mengutip 13 mata sahaja. Untuk minggu kedua terakhir ini, TOP 3 tidak merasa diri mereka gusar kerana bakal menentang pasukan yang masih boleh dianggap 'makanan' mereka namun semua itu masih belum muktamad jika tidak bertembung di atas lane. 

PKNS A MEMINTAS MY TEAM

Kekalahan MYTEAM ke atas MESRA BOWL boleh dianggap kejutan kerana ianya bukan satu keputusan yang diingini oleh MYTEAM. SACG juga hilan punca apabila tewas di tangan PKNS A dan sekali gus menyaksikan PKNS A terus ingin mengejar GUAMAULU di tangga ke-4 Liga. Jika diikutkan, jurang tidak lebih 10+ mata memboleh PKNS A masih mampu untuk memintas namun GUAMAULU tidak akan biarkan begitu sahaja!

TUGAS SUKAR UNTUK MYTEAM APABILA TEWAS DAN AKAN BERDEPAN UiTM UNTUK MINGGU INI.

PEMAIN TERBAIK MINGGU INI
KAMAL PKNS A
HIGH GAME
288

Comments

Popular posts from this blog

ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 27

UiTM MENYERLAH UNTUK KEJAR PUNCAK LIGA UiTM memiliki kelebihan yang agak tinggi untuk minggu ke-27 kerana mereka mampu untuk memperoleh 20 mata penuh dengan 2443 jatuhan pin. Dilihat tiada masalah untuk mereka kekal memberi tekanan kepada APALUMAU X dipuncak liga. Namun APALUMAU X masih tidak mudah mengaku kalah dengan kemenangan 13-7 ke atas STING dengan jatuhan pin 2423. PERALIPH ditangga ke-3 liga dengan 2447 jatuhan pin mudah menewaskan MESRA BOWL 16-4 dan menyaksikan anchor PERALIPH, menang 4-0 dengan 642 jatuhan pin. Ketiga-tiga pasukan ini tampak masing-masing mahukan sesuatu yang lebih besar dalam minggu ke-28 ini. THE GATES BOWLER RUGI MATA TGB telah kehilangan banyak mata apabila tewas mudah 0-20 kepada TOP 3 Liga, UiTM. Sepatutnya mereka hanya memerlukan 7 mata untuk memintas GRID namun mereka kehilangan punca untuk mencuri mata. GRID perlu merasa lega walaupun tewas 3-17 ke atas X SPARE. Untuk minggu ke-28 ini akan lebih menarik apabila mereka akan bertembung sesama...

ALAM LANES TRIOS LEAGUE - WEEK 20

MBBJ KEKAL DIPUNCAK, ALAM CAFE KECICIRAN MATA MBBJ tidak toleh ke belakang dan terus menewaskan MESRA BOWL dengan 15-1 dan ini membawa berita gembira untuk kekal menerajui Liga. Disamping itu ALAM CAFE tidak berjaya mengekalkan rekod yang terbaik apabila tumpas di tangan THORBAEK yang masih dalam misi untuk mengejar TOP 5 Liga. ALAM CAFE yang sebelum ini terus menerus mengejar MBBJ namun tewas ketika misi masih berjalan. Berita yang kurang enak juga untuk kem UiTM dengan keputusan seri 8-8 sama dengan X POCKET membuatkan mereka hilang mata untuk mengekori rapat ALAM CAFE. TOP 3 untuk minggu ke-20 kelihatan sangat hangat untuk diperkatakan.  STEALTH STRIKERS INTAI PELUANG STEALTH STRIKERS bagaikan nampak peluang yang terhidang dengan kelebihan mereka mengejar IMPACT ditangga ke-7 Liga selepas mengumpul jatuhan pin yang cukup tinggi dan mampu menjarakkan diri dek menentang BLIND team. AXE & WIZURAI yang dibawah mereka tidak sama sekali ingin keciciran mata dengan mahu ...

ALAM LANES TRIOS LEAGUE : WEEK 13

TOP 3 MASIH KEBAL UiTM tidak mensia-siakan peluang terhidang dengan diundi untuk melawan team BLIND, dan hanya perlu mencipta jatuhan pin lebih banyak, maka itu antara strategi mereka. 1834 jatuhan pin ditambah 16-0 telah membawa mereka lebih rapat mengejar MBBJ di puncak liga. MBBJ pula pada awal kelihatan hampir tersungkur apabila menerima kunjungan X POCKET yang hadir dengan matlamat untuk menewaskan MBBJ, namun MBBJ masih berada dikelas tersendiri. MBBJ berjaya membolot mata sangat tipis 9-7 dengan jatuhan pin 1926. Jurang antara dua pasukan ini sekarang dipisahkan 3 mata sahaja berbanding minggu lepas 6+ mata. ALAM CAFE dibelakang UiTM tiada masalah untuk menewaskan YOUTH TEAM 11-5 dan mengurangkan jurang mata kepada 6+ mata. MESRA BOWL LEAD BOTTOM HALF MESRA BOWL dengan ganasnya mampu untuk menewaskan JEBON yang kelihatan tercari-cari point pada awal permainan namun JEBON masih menunjukkan mereka tidak mengalah terlalu awal. Dengan kemenangan minggu kje-13 ini, MESRA B...