STEALTH STRIKERS TUMPAS DENGAN IMPACT
IMPACT bagaikan tiada masalah dengan jayanya menumpaskan STEALTH STRIKERS dan meletakkan diri mereka dalam kelompok yang agak selesa untuk mengejar TOP 5 Liga. 10-6 sememangnya membantu IMPACT untuk mengejar kerana jurang mata antara mereka dengan XPOCKET hanya 6+ mata sahaja. Peluang untuk STEALTH STRIKERS masih ada untuk mereka kembali kepada track yang lebih hebat namun agak sukar untuk minggu ke-27 ini apabila mereka akan menentang pendahulu Liga, MBBJ.
TOP 3 LIGA TIADA MASALAH
MBBJ sudah tidak mempunyai masalah untuk menewaskan XPOCKET yang dikatakan bukan tandingan mereka namun harus diakui 6 mata tewas tidaklah datangnya dari kecuaian mereka namun kehebatan pemain-pemain XPOCKET untuk terus hebat menentang pendahulu Liga. ALAM CAFE juga tidak mempunyai masalah namun mereka berjaya mengumpul 1884 jatuhan pin dengan kelebihan 16-0 apabila menentang BLIND TEAM. UiTM bekerja keras untuk menewaskan YOUTH team apabila keputusan 9-7 memihak kepada mereka dan keputusan ini sedikit sebanyak membuatkan UiTM perlu goyah kerana THORBAEK dibawah mereka hanya 10+ mata sahaja. THORBAEK yang berjaya mengumpul 12 mata kemenangan sekali gus melonjak mereka naik kembali ke tangga 4 Liga.
PERLAWANAN TUMPUAN
X POCKET vs IMPACT
X POCKET vs IMPACT
PASUKAN TERBAIK
MBBJ
MBBJ
HIGH SERIES HANDICAP
2006
Comments
Post a Comment