MBBJ JUARA!!
MBBJ sekali lagi menjuarai ALAM LANES TRIOS LEAGUE dengan berkelebihan 37+ mata dihadapan ALAM CAFE yang juga seteru kuat dari musim lepas. TAPS bagaikan tidak mampu untuk mengekang MBBJ untuk membenam mereka 15-1 sekali gus meletakkan diri mereka menjadi JUARA 2nd ALAM LANES TRIOS LEAGUE! ALAM CAFE juga tidak melepaskan peluang untuk menang besar 13-3 ke atas pencabar terdeekat mereka UiTM yang dalam masa yang sama untuk terus kekal di tempat ke-3 Liga. TOP 3 Liga bagaikan sudah dijangka dari awal walaupun ada beberapa pasukan yang mampu beri saingan hebat namun konsistensi setiap 3 pasukan ini antara yang bernilai.
IMPACT PINTAS THORBAEK
IMPACT menggunakan kelebihan yang ada apabila berdepan BLIND team disaat minggu terakhir dan membuat jatuhan pin sebanyak 1952 sekali gus meranapkan impian THORBAEK yang ingin kekal di tangga ke-6 liga. IMPACT memintas THORBAEK dengan hanya beza 0.39+ mata dan dalam usaha sama untuk memintas ONE SEVEN akan tetapi ONE SEVEN sekali lagi menunjukkan taring dengan membenam STEALTH STRIKERS 2-14 untuk kekal berada di tangga ke-5 Liga. XPOCKET boleh dikatakan agak gerun kerana hanya 3+ mata memisahkan mereka dengan ONE SEVEN dan boleh dikatakan tangga ke-4 hingga ke-7 hanya dipisahkan purata 3+ mata sahaja.
Comments
Post a Comment