Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

2nd ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 6

SUDU PINTAS PKNS SUDU mengambil peluang emas yang sedia terhidang apabila PKNS berdepan HUSTLERS yang semakin kuat untuk ditandingi. Kemenangan SUDU 13.5 ke atas PERALIPH juga menjadi penguat semangat mereka kerana PERALIPH sendiri sudah dianggap antara pasukan yang cukup kuat. PKNS bagaimanapun tidak mudah menyerah kalah dengan berjaya untuk menyekat dengan keputusan seri ke atas HUSTLERS. STRIKERS yang berada di tangga ke-3 Liga masih mengekalkan kedudukan terbaik mereka dan membuat jatuhan pin 2337 juga sememangnya peluang terbaik dengan kemenangan 20 mata. 14+ mata dengan PKNS di tangga ke-2 membuatkan mereka ingin terus mengejar untuk menempatkan diri mereka di TOP 2 Liga.  RAKAN COPS BENAM KIDDOS B RAKAN COPS bagaikan tidak menyerah kalah mahupun memberi sedikit peluang dan terus menerkam KIDDOS B 20-0 sekali gus melonjak 4 anak tangga untuk berada di tangga ke-14 Liga. Perubahan Middle Table yang agak besar sudah membuatkan Liga Graded ini makin hangat. Dengan per...

3rd ALAM LANES TRIOS LEAGUE - WEEK 1

3RD ALAM LANES TRIOS LEAGUE SUDAH BERMULA! ALAM LANES TRIOS LEAGUE MUSIM KE-3 sudah pun bermula. Tanggal 13/1/2020 menandakan bermulanya TRIOS LEAGUE bagi musim ke-3 dan sudah menampakkan peningkatan bagi setiap pasukan secara mendadak. Penyertaan lengkap 19 pasukan menjadikan TRIOS LEAGUE kali ini akan tampak lebih menarik dengan penyertaan beberapa pasukan baru juga yang menarik minat untuk pasukan Veteran.  TOP 5 ON FORM UiTM antara yang menyerlah dengan kemampuan mencipta 1941 jatuhan dan menang 14-2 untuk berada di kedudukan ke-2 Liga dan A FEW GOOD MAN (AFGM) mengungguli Liga pada minggu pertama dengan kemenangan ke atas BLIND dan mengumpul 1773 jatuhan. Juara Bertahan MBBJ berada di tangga ke-5 dengan 1787 jatuhan dan 14-2 kemenangan antara kemenangan yang masih boleh meletakkan diri mereka di kelompok terbaik. ALAM CAFE tangga ke-3 Liga dengan 1852 jatuhan pin dan GKCB tangga ke-4 Liga dengan 1788 jatuhan pin. Kesemua pasukan hanya dipisahkan dengan kemenang mata...

3rd ALAM LANES TRIOS LEAGUE

TRIOS LEAGUE TELAH BERMULA! 3rd ALAM LANES TRIOS LEAGUE akan bermula malam ini! Untuk Musim ke-3 kali ini akan disertai sebanyak 20 pasukan. MBBJ sebagai Juara Bertahan untuk dua Musim berturut namun dikhabarkan beberapa pasukan yang sudah cukup kuat akan untuk menjadi pencabar terbaru musim ke-3 ini. Segala persiapan dan perancangan setiap pasukan sudah di tahap terbaik. JUMPA ANDA SEMUA MALAM INI!

2nd ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 4

APALUMAU X & STRIKERS MENGAUM APALUMAU X bagaikan sedang merangka strategi terbaik untuk menerobos Puncak Liga dengan kemenangan bergaya 19-1 ke atas SSB2, dengan jatuhan pin 2453 cukup mampu meletakkan kedudukan selesa. Akan tetapi sehingga minggu ke-4 masih sukar untuk menjangka kerana perbezaan kesemua pasukan ketika ini masih sengit. STRIKERS juga berjaya menewaskan UiTM 16-4 dengan 2356 jatuhan pin telah mampu melonjakkan diri mereka ke TOP 3 Liga. Susunan strategi STRIKERS & APALUMAU X untuk minggu ke-4 nampaknya membuahkan hasil yang sangat lumayan. TOP 2 Liga masih memihak kepada PKNS & SUDU dengan masing-masing menang besar dan cuma 5 mata menjarakkan kedua-dua pasukan ini. Namun PKNS mungkin akan menghadapi saingan sengit untuk perlawanan minggu ke-5 ini dengan menentang PERALIPH.  MIDDLE TABLE TIDAK KURANG HEBAT XPOCKET tidak pernah menyerah kalah dengan kemampuan menewaskan BBNU 18-2 serta 2282 jatuhan pin sekali gus meletakkan diri mereka dari ta...