APALUMAU X & STRIKERS MENGAUM
APALUMAU X bagaikan sedang merangka strategi terbaik untuk menerobos Puncak Liga dengan kemenangan bergaya 19-1 ke atas SSB2, dengan jatuhan pin 2453 cukup mampu meletakkan kedudukan selesa. Akan tetapi sehingga minggu ke-4 masih sukar untuk menjangka kerana perbezaan kesemua pasukan ketika ini masih sengit. STRIKERS juga berjaya menewaskan UiTM 16-4 dengan 2356 jatuhan pin telah mampu melonjakkan diri mereka ke TOP 3 Liga. Susunan strategi STRIKERS & APALUMAU X untuk minggu ke-4 nampaknya membuahkan hasil yang sangat lumayan. TOP 2 Liga masih memihak kepada PKNS & SUDU dengan masing-masing menang besar dan cuma 5 mata menjarakkan kedua-dua pasukan ini. Namun PKNS mungkin akan menghadapi saingan sengit untuk perlawanan minggu ke-5 ini dengan menentang PERALIPH.
MIDDLE TABLE TIDAK KURANG HEBAT
XPOCKET tidak pernah menyerah kalah dengan kemampuan menewaskan BBNU 18-2 serta 2282 jatuhan pin sekali gus meletakkan diri mereka dari tangga ke-13 melonjak naik ke tangga ke-7 Liga. Kemenangan dalam diam ini harus diberikan perhatian kerana ianya akan menjadi bualan mulut semua penyokong dalam usaha untuk mengekal kedudukan XPOCKET dari musim lepas yang berkesudahan tangga ke-4 Liga.
Tidak kurang hebatnya juga KIDDOS A yang dalam usaha sama untuk meletakkan diri mereka setanding yang lain dengan kelebihan menentang BLIND team namun ianya tidak boleh dipandang serong apabila HAZIM mampu untuk mencipta 275 jatuhan pin dan dinobatkan Pemain Minggu ke-4 Liga
PEMAIN TERBAIK MINGGU KE-4
HAZIM KIDDOS A
HIGH GAME 275
PASUKAN TERBAIK MINGGU KE-4
PKNS
TAHNIAH SEMUA PEMAIN DAN PEMENANG!
Comments
Post a Comment