Skip to main content

2nd ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 6

SUDU PINTAS PKNS

SUDU mengambil peluang emas yang sedia terhidang apabila PKNS berdepan HUSTLERS yang semakin kuat untuk ditandingi. Kemenangan SUDU 13.5 ke atas PERALIPH juga menjadi penguat semangat mereka kerana PERALIPH sendiri sudah dianggap antara pasukan yang cukup kuat. PKNS bagaimanapun tidak mudah menyerah kalah dengan berjaya untuk menyekat dengan keputusan seri ke atas HUSTLERS. STRIKERS yang berada di tangga ke-3 Liga masih mengekalkan kedudukan terbaik mereka dan membuat jatuhan pin 2337 juga sememangnya peluang terbaik dengan kemenangan 20 mata. 14+ mata dengan PKNS di tangga ke-2 membuatkan mereka ingin terus mengejar untuk menempatkan diri mereka di TOP 2 Liga. 

RAKAN COPS BENAM KIDDOS B

RAKAN COPS bagaikan tidak menyerah kalah mahupun memberi sedikit peluang dan terus menerkam KIDDOS B 20-0 sekali gus melonjak 4 anak tangga untuk berada di tangga ke-14 Liga. Perubahan Middle Table yang agak besar sudah membuatkan Liga Graded ini makin hangat. Dengan perubahan ini sudah melihat semua pasukan boleh dikatakan sama kuat sama semangat. Hanya MESRA BOWL berjaya mencipta kemenangan 14 ke atas X POCKET. 

MVP
QIMM SUDU
HIGH GAME 277

TEAM TERBAIK
HUSTLERS
888 HIGH SERIES

Comments

Popular posts from this blog

ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 27

UiTM MENYERLAH UNTUK KEJAR PUNCAK LIGA UiTM memiliki kelebihan yang agak tinggi untuk minggu ke-27 kerana mereka mampu untuk memperoleh 20 mata penuh dengan 2443 jatuhan pin. Dilihat tiada masalah untuk mereka kekal memberi tekanan kepada APALUMAU X dipuncak liga. Namun APALUMAU X masih tidak mudah mengaku kalah dengan kemenangan 13-7 ke atas STING dengan jatuhan pin 2423. PERALIPH ditangga ke-3 liga dengan 2447 jatuhan pin mudah menewaskan MESRA BOWL 16-4 dan menyaksikan anchor PERALIPH, menang 4-0 dengan 642 jatuhan pin. Ketiga-tiga pasukan ini tampak masing-masing mahukan sesuatu yang lebih besar dalam minggu ke-28 ini. THE GATES BOWLER RUGI MATA TGB telah kehilangan banyak mata apabila tewas mudah 0-20 kepada TOP 3 Liga, UiTM. Sepatutnya mereka hanya memerlukan 7 mata untuk memintas GRID namun mereka kehilangan punca untuk mencuri mata. GRID perlu merasa lega walaupun tewas 3-17 ke atas X SPARE. Untuk minggu ke-28 ini akan lebih menarik apabila mereka akan bertembung sesama...

ALAM LANES TRIOS LEAGUE - WEEK 20

MBBJ KEKAL DIPUNCAK, ALAM CAFE KECICIRAN MATA MBBJ tidak toleh ke belakang dan terus menewaskan MESRA BOWL dengan 15-1 dan ini membawa berita gembira untuk kekal menerajui Liga. Disamping itu ALAM CAFE tidak berjaya mengekalkan rekod yang terbaik apabila tumpas di tangan THORBAEK yang masih dalam misi untuk mengejar TOP 5 Liga. ALAM CAFE yang sebelum ini terus menerus mengejar MBBJ namun tewas ketika misi masih berjalan. Berita yang kurang enak juga untuk kem UiTM dengan keputusan seri 8-8 sama dengan X POCKET membuatkan mereka hilang mata untuk mengekori rapat ALAM CAFE. TOP 3 untuk minggu ke-20 kelihatan sangat hangat untuk diperkatakan.  STEALTH STRIKERS INTAI PELUANG STEALTH STRIKERS bagaikan nampak peluang yang terhidang dengan kelebihan mereka mengejar IMPACT ditangga ke-7 Liga selepas mengumpul jatuhan pin yang cukup tinggi dan mampu menjarakkan diri dek menentang BLIND team. AXE & WIZURAI yang dibawah mereka tidak sama sekali ingin keciciran mata dengan mahu ...

ALAM LANES TRIOS LEAGUE : WEEK 13

TOP 3 MASIH KEBAL UiTM tidak mensia-siakan peluang terhidang dengan diundi untuk melawan team BLIND, dan hanya perlu mencipta jatuhan pin lebih banyak, maka itu antara strategi mereka. 1834 jatuhan pin ditambah 16-0 telah membawa mereka lebih rapat mengejar MBBJ di puncak liga. MBBJ pula pada awal kelihatan hampir tersungkur apabila menerima kunjungan X POCKET yang hadir dengan matlamat untuk menewaskan MBBJ, namun MBBJ masih berada dikelas tersendiri. MBBJ berjaya membolot mata sangat tipis 9-7 dengan jatuhan pin 1926. Jurang antara dua pasukan ini sekarang dipisahkan 3 mata sahaja berbanding minggu lepas 6+ mata. ALAM CAFE dibelakang UiTM tiada masalah untuk menewaskan YOUTH TEAM 11-5 dan mengurangkan jurang mata kepada 6+ mata. MESRA BOWL LEAD BOTTOM HALF MESRA BOWL dengan ganasnya mampu untuk menewaskan JEBON yang kelihatan tercari-cari point pada awal permainan namun JEBON masih menunjukkan mereka tidak mengalah terlalu awal. Dengan kemenangan minggu kje-13 ini, MESRA B...