HUSTLERS MENGGANAS UNTUK PECAH TEMBOK
HUSTLERS tidak dapat disekat malah berjaya menang mutlak 20-0 ke atas SSB 2 dengan 2599 jatuhan pin untuk berada di posisi yang terbaik dalam usaha memecah tembok TOP 3. Kemenangan luar biasa ini dibantu usaha sama semua pemain yang beraksi dengan Pemain Terbaik mereka Atiq dan Haziq masing-masing dalam landasan terbaik. TOP 3 sekali lagi diuji dengan HUSTLERS namun ketiga-tiga pasukan ini tidak sama sekali ingin mengalah. SUDU dengan kelebihan hampir 43+ mata mendahului Liga dengan kemenangan ke atas RAKAN COPS 14-6 bersama 2469 jatuhan pin. PKNS & STRIKERS juga tidak menyerah kalah walaupun ditentang hebat oleh pasukan lawan masing-masing.
UiTM LONJAK 4 ANAK TANGGA
Kemenangan ke atas THE A TEAM oleh UiTM (17-3) telah membantu diri mereka untuk melonjakkan diri 4 anak tangga dengan kelebihan mereka apabila masing-masing tewas. Dengan kemenangan ini juga, UiTM telah mampu untuk merapatkan jurang mereka dengan KIDDOS A dan PERALIPH untuk mengekori rapat. LET'S ROLL juga berjaya menamatkan 10 minggu dengan kemenangan 12.5 - 7.5 ke atas SSB LADIES sekali gus hanya 8+ mata sahaja dengan TOP 10.
TEAM OF THE WEEK
HUSTLERS
HUSTLERS
MVP OF THIS WEEK
JARIS KIDDOS A
HIGH GAME 283
Comments
Post a Comment