Skip to main content

3rd ALAM LANES TRIOS LEAGUE - WEEK 3


A FEW GOOD MEN ON FORM

A FEW GOOD MEN, AFGM berjaya menidakkan X POCKET untuk memecah tembok TOP 10 Liga dengan menewaskannya 10.5-5.5 dan 1743 jatuhan pin. Dengan keputusan itu, AFGM berjaya melonjak 4 anak tangga dan terus berjaya duduk di tangga ke-5 Liga. AXE dengan jayanya menewaskan STRIKERS dan dengan keputusan 13-3 bersama 1868 jatuhan pin, tangga ke-2 menjadi milik mereka selepas 3 minggu. Penghuni sebelum ini STEALTH STRIKERS bagaimanapun tewas di tangan D PENSIONERS A dan menjunam ke tangga ke-10 Liga. MBBJ & GKCB masing-masing berubah kedudukan dengan kelebihan di tangan MBBJ untuk menduduki tangga ke-4 Liga dengan keputusan 11-5 dan 1831 jatuhan pin. GKCB hanya mampu memperoleh keputusan seri 8-8 dengan WIZURAI dan mengumpul 1741 jatuhan pin.

ALAM LESTARI TIDAK MENGAKU KALAH

ALAM LESTARI tidak mudah untuk berjuang namun keputusan seri 8-8 sudah membuat diri mereka tidak terjerumus ke tangga corot Liga. Menentang AWAI X KALUT yang juga memberi tekanan cukup tinggi sehingga AWAI X KALUT mampu bangkit memberi keputusan seri 8-8. AWAI X KALUT juga sudah merasakan keputusan ini akan membuatkan mereka merubah kedudukan namun strategi baru perlu di rangka. 

PASUKAN MANA YANG MAMPU MASIH MENGEKALKAN KEMENANGAN 100%? UiTM SEBAGAI PENDAHULU LIGA MUNGKIN MAMPU MENJARAKKAN MATA LEBIH KERANA BAKAL BERDEPAN BLIND TEAM. TOP 5 MEMPUNYAI LAWAN CUKUP KENTAL UNTUK MINGGU KE-4. SEMOGA BERJAYA GUYS!

MVP THIS WEEK
SHEIKH AXE
HIGH SERIES 702

BEST TEAM OF THE WEEK
ALAM LESTARI
HIGH GAME 650

Comments

Popular posts from this blog

ALAM LANES TRIOS LEAGUE - WEEK 20

MBBJ KEKAL DIPUNCAK, ALAM CAFE KECICIRAN MATA MBBJ tidak toleh ke belakang dan terus menewaskan MESRA BOWL dengan 15-1 dan ini membawa berita gembira untuk kekal menerajui Liga. Disamping itu ALAM CAFE tidak berjaya mengekalkan rekod yang terbaik apabila tumpas di tangan THORBAEK yang masih dalam misi untuk mengejar TOP 5 Liga. ALAM CAFE yang sebelum ini terus menerus mengejar MBBJ namun tewas ketika misi masih berjalan. Berita yang kurang enak juga untuk kem UiTM dengan keputusan seri 8-8 sama dengan X POCKET membuatkan mereka hilang mata untuk mengekori rapat ALAM CAFE. TOP 3 untuk minggu ke-20 kelihatan sangat hangat untuk diperkatakan.  STEALTH STRIKERS INTAI PELUANG STEALTH STRIKERS bagaikan nampak peluang yang terhidang dengan kelebihan mereka mengejar IMPACT ditangga ke-7 Liga selepas mengumpul jatuhan pin yang cukup tinggi dan mampu menjarakkan diri dek menentang BLIND team. AXE & WIZURAI yang dibawah mereka tidak sama sekali ingin keciciran mata dengan mahu ...

ALAM LANES GRADED LEAGUE - WEEK 27

UiTM MENYERLAH UNTUK KEJAR PUNCAK LIGA UiTM memiliki kelebihan yang agak tinggi untuk minggu ke-27 kerana mereka mampu untuk memperoleh 20 mata penuh dengan 2443 jatuhan pin. Dilihat tiada masalah untuk mereka kekal memberi tekanan kepada APALUMAU X dipuncak liga. Namun APALUMAU X masih tidak mudah mengaku kalah dengan kemenangan 13-7 ke atas STING dengan jatuhan pin 2423. PERALIPH ditangga ke-3 liga dengan 2447 jatuhan pin mudah menewaskan MESRA BOWL 16-4 dan menyaksikan anchor PERALIPH, menang 4-0 dengan 642 jatuhan pin. Ketiga-tiga pasukan ini tampak masing-masing mahukan sesuatu yang lebih besar dalam minggu ke-28 ini. THE GATES BOWLER RUGI MATA TGB telah kehilangan banyak mata apabila tewas mudah 0-20 kepada TOP 3 Liga, UiTM. Sepatutnya mereka hanya memerlukan 7 mata untuk memintas GRID namun mereka kehilangan punca untuk mencuri mata. GRID perlu merasa lega walaupun tewas 3-17 ke atas X SPARE. Untuk minggu ke-28 ini akan lebih menarik apabila mereka akan bertembung sesama...

ALAM LANES TRIOS LEAGUE : WEEK 13

TOP 3 MASIH KEBAL UiTM tidak mensia-siakan peluang terhidang dengan diundi untuk melawan team BLIND, dan hanya perlu mencipta jatuhan pin lebih banyak, maka itu antara strategi mereka. 1834 jatuhan pin ditambah 16-0 telah membawa mereka lebih rapat mengejar MBBJ di puncak liga. MBBJ pula pada awal kelihatan hampir tersungkur apabila menerima kunjungan X POCKET yang hadir dengan matlamat untuk menewaskan MBBJ, namun MBBJ masih berada dikelas tersendiri. MBBJ berjaya membolot mata sangat tipis 9-7 dengan jatuhan pin 1926. Jurang antara dua pasukan ini sekarang dipisahkan 3 mata sahaja berbanding minggu lepas 6+ mata. ALAM CAFE dibelakang UiTM tiada masalah untuk menewaskan YOUTH TEAM 11-5 dan mengurangkan jurang mata kepada 6+ mata. MESRA BOWL LEAD BOTTOM HALF MESRA BOWL dengan ganasnya mampu untuk menewaskan JEBON yang kelihatan tercari-cari point pada awal permainan namun JEBON masih menunjukkan mereka tidak mengalah terlalu awal. Dengan kemenangan minggu kje-13 ini, MESRA B...